Powered By Blogger

Saturday, 29 November 2014

Hak Kebebasan Bersuara vs. Akta Hasutan

Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan? menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebebasan ialah perihal keadaan bebas, kemerdekaan, akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita, membuat ulasan dan sebagainya tanpa dikongkong atau disekat. Hak kebebasan bersuara pula adalah salah satu daripada sembilan perkara yang telah pun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Asasi.

Kebebasan bersuara dalam erti kata lain pula ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Setiap masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum, jantina atau pangkat dan sebagainya. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dari segi agama, kaum atau ras dan budaya, kepelbagaian inilah yang mencetus berlakunya hak dalam bersuara.


Dalam Fasal (1) (a) Perkara 10 ada menyatakan antara ciri-ciri kebebasan bersuara ialah rakyat telah diberi kebebasan untuk bersuara serta mengeluarkan pendapat mereka sendiri apa yang mereka fikir, mereka juga diberi kebebasan untuk berpersatuan, berucap dan sebagainya mengikut kehendak mereka. Selain itu, rakyat juga bebas untuk menyebarkan maklumat yang benar, sahih dan tepat. Ciri lainnya pula ialah rakyat bebas untuk memilih kerajaan mereka sendiri melalui undian pilihan raya, iaitu mereka bebas memilih parti apa yang mereka inginkan.

Akibat kewujudan hak kebebasan bersuara ini juga, semakin ramai rakyat Malaysia berani meluahkan pendapat mereka sama ada dari sudut negatif dan juga positif mengenai isu-isu politik dalam negara. Walhal, dengan kewujudan medan terbaru iaitu teknologi-teknologi yang serba canggih ini, rakyat Malaysia seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kata-kata yang dilontarkan mereka yang mana mereka menganggap suara mereka itu dapat mengubah landskap politik pilihan mereka sendiri bagi mentadbir negara Malaysia.

Seperti yang diperkatakan tadi, kewujudan medan terbaru yang dimasuki oleh manusia pada hari ini ialah medan teknologi seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya yang telah dipergunakan oleh orang ramai yang ingin melontarkan hak kebebasan bersuara dan pendapat peribadi tentang agama, politik dan sosial sehingga pandangan tentang hal ini menjadi terlalu banyak disebarkan ke serata dunia dengan meluasnya.

Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara hendaklah mempunyai batas dan hadnya yang tertentu kerana ianya bukanlah hak kebebasan yang mutlak. Menurut Ismail Ibrahim, melalui artikelnya di dalam akhbar Utusan, hak kebebasan bersuara bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu.


Mengikut undang-undang yang termaktub dalam Fasal (2), Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, hak kebebasan bersuara telah dibatasi penggubalan oleh Parlimen bagi menjamin keselamatan negara, ketenteraman awam, keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri dan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan negara luar. Selain itu, ianya bagi mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, perlakuan fitnah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Melihat kepada persekitaran di Malaysia pada masa ini, ramai rakyat seolah-olah sudah memahami apa itu makna disebalik kebebasan bersuara, malah mereka juga berani menyuarakan pendapat-pendapat mereka dalam pelbagai jenis bentuk. Sebagai contoh, mereka akan meluahkan pendapat-pendapat mereka melalui bentuk tulisan, rakaman video, lukisan, perhimpunan dan pelbagai lagi dengan harapan agar segala yang dipaparkan mereka akan dapat mencuri tumpuan dan diambil tindakan.

Tetapi malang sekali tidaklah ramai yang tahu sejauh mana kebebasan mereka dalam menyuarakan pendapat. Hal ini kerana ada yang terlalu bebas berkata-kata hingga boleh mengaibkan diri sendiri serta orang ramai dan ada juga yang terpaksa dikenakan tindakan undang-undang. Berpunca dengan keadaan inilah ramai di antara rakyat Malaysia yang suka mencetuskan kontroversi di laman sosial kerana kadangkala perbuatan mereka disengajakan kerana mereka ingin meraih populariti dan mendapatkan perhatian daripada orang ramai lalu mencetuskan ramai pengikut yang mengikuti cara mereka.

Walhal, ada juga segelintir masyarakat yang bertindak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka mengenai hak kebebasan dalam bersuara yang dikatakan bebas tetapi mempunyai sekatan. Justeru dengan timbulnya sekatan diatas hak kebebasan bersuara, mereka dengan sewenang-wenangnya menyangka bahawa hak kebebasan bersuara di Malaysia menjadi hak kebebasan bersuara terpilih iaitu hak ini hanya boleh diguna pakai dalam isu-isu tertentu dan oleh orang-orang tertentu sahaja.

Hal ini, secara tidak langsung telah menafikan hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan ini, bagi mengkaji sejauh manakah kebebasan bersuara itu mempunyai sekatan-sekatan yang diwar-warkan, dibawah akan dibincangkan kaitan antara hak kebebasan bersuara dengan undang-undang yang telah digubal.

Disini, penulis ingin menyentuh mengenai hak kebebasan bersuara vs. Akta Hasutan 1948. Peranan akta ini adalah untuk menjaga demokrasi berparlimen dengan menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat kecenderungan menghasut untuk perubahan kerajaan dengan cara tidak sah dan juga membenci, menghina atau juga membangkitkan perasaan tidak setia terhadap yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk di Malaysia.

Dengan wujudnya akta ini, ianya telah mengehadkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat. Rakyat pasti tidak akan berpuas hati kerana negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan dalam bersuara telah menyekat mereka untuk meluahkan pendapat dan fikiran kerana adanya undang-undang seperti akta hasutan ini. Walhal, bagi penulis sendiri dengan kewujudan Akta Hasutan 1948 ini ianya akan membuatkan rakyat lebih berhati-hati dan ini juga adalah demi keharmonian dan keamanan negara.

Namun sejak kebelakangan ini, kematangan pemikiran masyarakat di Malaysia, banyak isu yang telah diketengahkan oleh ahli masyarakat untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kaedah kerajaan Malaysia khasnya dalam menangani isu tertentu. Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang menggunakan hak kebebasan bersuara bagi mempertahankan hak mereka dan sokongan mereka terhadap politik pilihan mereka sendiri.

Sebagai contoh, antara isu-isu yang terjadi di laman sosial yang membabitkan hak kebebasan bersuara dan akta hasutan ialah kes aktivis Ali Abd Jalil yang telah melakukan tiga kesalahan menghasut iaitu dia didakwa telah menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor di laman status Facebook miliknya. Ali yang dituduh menulis kenyataan berunsur hasutan di laman Facebook dikenali sebagai "Kapitalis Bangsat" didakwa memperkecilkan kesultanan Johor pada masa itu, (Muzliza Mustafa, 2014).

Selain itu, isu lain pula ialah mengenai kes seorang pendakwah Islam ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 iaitu Wan Ji Wan Husin, bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor. Dia telah didakwa diatas kesalahan menentang pihak berkuasa agama negara ini dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Melayu. Selain itu, dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dengan berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

Antara isu lain lagi ialah mengenai kes seorang aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang juga telah ditahan di bawah Akta Hasutan berpunca daripada ucapannya yang berbaur hasutan di majlis anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM). Dia juga salah seorang pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah dikenakan penggantungan selama tiga semester kerana telah memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan di tempat awam.

Hal ini dapat dilihat bahawa kebanyakkan masyarakat menjadi terlalu berani untuk menyuarakan hak kebebasan bersuara mereka tanpa mempedulikan undang-undang negara yang sedia ada. Mengenai isu Adam Adli, tidak salah untuknya berpolitik tetapi yang salahnya adalah tidak wajar baginya sebagai seorang pelajar bercampur tangan di dalam hal politik dan dia sepatutnya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik yang berbeza. Antara isu lain yang berkaitan dengan kebebasan bersuara dan Akta Hasutan ialah Tragedi Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 yang meragut ratusan nyawa dan juga demonstrasi haram seperti Bersih.

Secara konklusinya, hak kebebasan bersuara telah diberikan secara mutlak kepada rakyat Malaysia namun dengan penggubalan Akta Hasutan 1948 ini, ianya telah membuatkan terdapat beberapa halangan untuk seseorang itu meluahkan segala yang terpendam di fikiran mereka. Mereka tidak boleh sesuka hati bersuara sesuatu kerana dikhuatiri berbaur seperti hasutan mahupun fitnah. Walhal, sekatan ini adalah penting dan wajar untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan negara. Walaupun dalam masa yang sama terdapat segelintir masyarakat yang berharap agar Akta Hasutan 1948 ini dimansuhkan supaya mereka bebas untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa adanya halangan. Walau bagaimanapun, keselamatan dan kestabilan negara ini perlu dikekalkan. Demokrasi tidak bermakna jika negara menjadi huru-hara selepas pemansuhannya Akta Hasutan. Bak kata pepatah, menyesal di kemudian hari sudah tiada gunanya.

Gajet dan Kanak-Kanak.

Haii.. Assalamualaikum.

Okay, kali ni aku nak bercerita sedikit mengenai tajuk diatas iaitu mengenai gajet dan kanak-kanak. Apa itu gajet? Gajet ini ialah sejenis alatan atau teknologi yang bersifat kecil, mudah dibawa dan diterapka dengan fungsi-fungsi terkini untuk menjalankan satu-satu aturcara atau pemprosesan. hasil output daripada alatan ini boleh diterjermahkan dalam pelbagai bentuk seperti paparan skrin, bunyi, gambar serta maklum balas. Contoh gajet yang dimaksudkan seperti telefon pintar dan tablet (ipad, sambung tab)

Hermm.. kalau kita pergi je mana-mana sekarang ni, kita akan lihat ramai kanak-kanak memegang gajet. Jarang sekali dapat kita lihat kanak-kanak kini suka ke taman permainan untuk beriadah, bermain papan gelongsor,buaian. Ye! memang masih ada tetapi disini apa yang ingin aku katakan adalah amat jarang sekali dapat kita melihat mereka di taman permainan pada ketika ini.

Kanak-kanak kini lebih cenderung memilih gajet seperti ipad, tab dan pelbagai lagi jenis telefon-telefon pintar kepunyaan ibu bapa mereka. Kanak-kanak ini bukan sahaja yang terdiri daripada 6 ke 7 tahun malahan ada juga kanak-kanak yang berumur linkungan 2 ke 3 tahun turut sama terpengaruh dengan gajet. Mereka ini jika kita perhatikan ialah, mereka gemar menghabiskan masa di gajet untuk bermain permainan video dan menonton video-video kartun contohnya.

Walhal,yang menjadi persoalannya sekarang ialah siapa yang membuka aplikasi-aplikasi tersebut kepada mereka? Siapa yang memberi mereka memegang gajet-gajet sebegitu? Jawapannya sudah tentulah ibu bapa mereka. Jadi adakah ibu bapa yang patut disalahkan?hermm...??? no komen.

Ye, mungkin bagus juga kanak-kanak ini terdedah dengan gajet kerana mungkin dengan cara itu otak mereka boleh berkembang. Tetapi yang menjadi tak patutnya ialah apabila mereka terlalu lama mengadap permainan video sehingga tidak pedulikan sekeliling mereka dan ada juga yang tidak pedulikan soal makan.hermm...bahaya juga laa kalau begitu.

Selain itu, penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak juga boleh mendatangkan kerisauan seperti kurangnya interaksi, kurang aktif serta pancaindera dan fikiran mereka lambat menajdi matang akibat mereka hanya menumpukan pada sentuhan jari sahaja. Mereka juga dikhuatiri hilang minat untuk membaca akibat terlalu taksub akan gajet.

Jadi, dengan ini ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak kerana setiap didikan akan membawa mereka ke jangka masa yang panjang. Jangan hanya biarkan mereka bergantung pada gajet sahaja, dimana mereka hanya akan menumpukan sepenuh perhatian disitu. Impaknya akan membuatkan mereka terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak elok.



sumber gambar : GOOGLE


Drawing Between the Lines

Dibawah adalah beberapa hasil seni kreatif yang boleh dilihat menerusi beberapa keping gambar yang telah dimasukkan ke dalam Facebook Stylish Eve. 
Lihat betapa kreatifnya mereka ini dengan hasil lukisan-lukisan seperti dibawah ini.
Amazing!!!







Sunday, 23 November 2014

Grease Cheesesteak yang lazat.

Halloooo..
Assalamualaikum.

Haa..anda-anda sekalian pernah tak mengalami masalah nak makan dimana? Mesti pernahkan, kadang-kadang kita mesti macam dah bosan atau sampai satu masa tu keliru sangat nak pergi makan dekat manakan. Lepas tu, kadang-kadang tu macam bosan laa juga hari-hari nak makan benda sama je kan, so kadang-kadang nak la juga berubah angin, tak gitu???hehe..

Ni aku nak cadangkan tempat makan western yang sangat sedap di Shah Alam ni, bagi aku sedap laa, tak tahulah korang. kedai makan yang dimaksudkan ialah Grease Cheesesteak Cafe. Kafe ni terletak di Shah Alam seksyen 13 berhampiran dengan Pasaraya Tesco. 

Daripada segi harga dia bagi aku memang laa mahal sikit tapi yang puas hatinya even dia mahal pun tapi portion dia banyak so memang gerenti kenyang laa makan situ. kalau nak cuba tu boleh je, it's totally worth it! Tak salah. Tapi kalau main hari-hari pun nak makan kat situ, mahu kopak juga laa duit cerita dia,hahaa.. yelaa student lagi kan, heee...

Antara menu-menu yang aku pernah cuba ialah Bacon Cheesesteak. Bagi aku ianya sangat sedap dan sangat lazat, bersesuaian laa dengan harganya yang agak berpatutan tu. Okay, dibawah ni antara menu-menu yang ada di kafe tersebut.

Menu

Ini pula Bacon Cheesesteak aku dengan kawan-kawan aku punya

Okay, kalau tanya mengenai suasana kedai ni pula, aku tak sempat laa pula nak tangkap gambar dekorasi kedai ni tapi korang bolehlah tengok Instagram @grease_my atau Twitter @greaseMY. Tapi dibawah ni aku curi beberapa keping gambar daripada Google mengenai dekorasi dan suasana kedai ni,hee.. *maaf ye MR GOOGLE :)



Selain itu, yang best juga mengenai kafe ni ialah, dia ada ruang membaca dan dia juga ada menyediakan beberapa jenis majalah dalam dan luar negara. So, sementara nak tunggu makanan sampai di atas meja tu, apa kata anda membaca segala bahan bacaan yang ada disitu. Takde laa macam bosan sangatkan tunggu makanan tanpa buat apa-apa. :)

Jadi, apa tunggu lagi? Kepada mereka yang mengalami masalah nak makan dimana tu atau dah bosan menu asyik sama je, silalah datang mencuba di kafe ni pula ya. Selamat mencuba!







Friday, 21 November 2014

Broadcast Journalism in Memory.

Final project for Broadcast Journalism during semester 4.
The Issue Is About The Beggars Around Shah Alam.




Selfie di Kubur??? Wajar atau Tidak???

Assalamualaikum... Hai! 

Berdasarkan tajuk diatas iaitu selfie di kubur? Mesti korang pernah dengarkan mengenai isu salah seorang artis ni yang selfie di kubur masa Hari Raya Aidilfitri?  Kes ni melibatkan artis itu yang mengambil gambar selfie nya dengan memijak kubur di tanah perkuburan tersebut. Haihh.. isu ini memang sangat hangat laa masa tu cerita dia, yelaa mana taknya cara artis tu dah nampak macam dia tak hormat agama Islam iaitu agama dia sendiri pulak tu. Hmm... Siapa artis yang dimaksudkan ialah salah seorang artis yang baru juga nak meningkat naik, dia juga seorang DeeJay, pelakon dan model. Dia yang aku maksudkan ialah Farish Aziz.

Okay, persoalannya sekarang kenapa kau nak selfie di kubur? kenapa mesti diatas kubur tu? Apakah tiada perasaan belas kasihan dalam diri kau? Hm.. macam-macam persoalan yang muncul di setiap benak fikiran masyarakat apabila menyaksikan artis itu memuat naik gambar selfie nya di dalam Instagram miliknya. Adakah tidak sengaja atau pun sekadar mahu meraih publisiti?

Baiklah, berdasarkan apa yang aku kaji. Artis ini telah pun memohon maaf di atas tindakannya itu dan dia juga ada berkata bahawa ianya adalah selfie saja saja dimana kebanyakkan orang yang menziarahi kubur masa hari raya kelihatan asyik sedih je. Then, he said why not kita tak raikan je Aidilfitri ni dengan perasaan yang gembira sebab katanya Aidilfitri adalah untuk bersuka ria bukannya asyik nak sedih saja. Hermm... terus terang aku kata mungkin dia tak mengerti apa itu maksud hormat.  

So, mengikut kajian yang dilakukan ada salah seorang mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah membawa keluar fatwa dengan mengatakan bahawa selfie di kubur adalah haram sama sekali. Orang yang hidup mestilah menghormati orang yang telah mati dan paling utama mestilah menghormati hati dan perasaan si mati ni. 

Melalui pembacaan aku di artikel Sinar Harian, Mufti itu mengatakan perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok sahaja. Beliau juga berkata tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi di tanah perkuburan dan sepatutnya sewaktu menziarahi kubur ianya adalah untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada yang masih hidup.

Beliau juga ada berkata kebanyakkan anak muda zaman kini terlalu ghairah dengan teknologi canggih yang ada di telefon pintar mereka dan juga trend kini. Tidak salah ber selfie itu tetapi yang menjadi salahnya tidak perlulah melakukan ia di kubur, setiap individu juga hendaklah mengetahui tujuan mereka menziarahi kubur. Adalah elok sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada si mati daripada memijak kuburnya dan bersuka ria mengambil gambar.

So, the thing is.. jangan jadikan budaya selfie sehingga tidak pandai membezakan yang betul dan yang salah. Okay? :)

Saturday, 8 November 2014

Coretan Bermula.

Assalamualaikum!

:)

Hai.. akhirnya aku sudah berupaya untuk mempunyai blog sendiri. hee.. Tapi ini pun disebabkan adanya subjek Online Journalism. So, lepas ni akan adalah sekurang-kurang seminggu sekali dua kali aku akan post any story dalam blog ini. Blog ini juga bertujuan untuk merungkai segala isu-isu semasa dan apa sahaja cerita mengenai kehidupan sekeliling aku. 

Okay, ermmm.. Apa lagi ek?hmm. Ok laa, biasanya kali pertama ada blog ni mestilah sesi kenalkan diri itu perlukan. Macam first time setiap kali masuk kelas since daripada sekolah rendah lagi mesti perkara pertama kena kenalkan diri dulukan or what we call as 'ice breaking',hehe.. So, let me tell you a little bit about myself.. -->

Nama diberi Wan Nursyuhaida Binti Wan Mohamed Fathil,
Nama panggilan Sheeda, Syuhaida dan juga Ayda 
(But mostly people and especially family will call me Sheeda)
Dilahirkan pada 15 Februari 1991,
Anak jati negeri Tok Gajah (Pahang),
Currently studying at UiTM Shah Alam in Journalism sequence,
But before ni pernah belajar di UiTM Alor Gajah, Diploma in Masscomm,
Dan juga pernah belajar di UiTM Jengka selama 1 semester, Pra Diploma Perdagangan.
See... 3 kampus UiTM dah aku merasa. 
Pengalaman tak payah cakap laa, banyak owhh.
Sangat rindu! ;'(

Hmm.. itu jelaa setakat ini ya. Next post baru kita bercerita lagi ya!
So, welcome to blog Sheeda!