Powered By Blogger

Thursday, 4 December 2014

Kolokium31 -Kritikan Media-

Assalamualaikum...

Haiii...
Mai sini nak promote sedikit mengenai event yang dianjurkan oleh  pelajar semester lima jurusan Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
  Event ini akan berlangsung pada 14 Disember 2014 bertempat di Institute of Leadership & Quality Management (ILQAM) iaitu di Fakulti Pengurusan Bisnes.
Antara topik yang akan dibincangkan ialah 
Media Sosial : Ancaman atau Pelengkap Kewartawanan Moden.


 Jom ramai-ramai memeriahkan event ini, beberapa goodies bag akan diberi kepada mereka yang hadir. :)

Anda juga boleh follow Instagram @KOLOKIUM31 yang tertera dibawah ini. 




Sejarah disebalik Pulau Carey


Haiii... kali ni aku ingin bercerita serba sedikit mengenai sejarah disebalik nama Pulau Carey. Pernahkah anda mendengar nama Pulau Carey? Tidak ramai yang tahu akan kewujudan Pulau Carey ini, pertama kali aku dengar pun daripada pensyarah subjek Investigative Reporting aku masa kelas hari tu. Herm.. ingatkan di luar negara, rupa-rupanya pulau ni letaknya di negeri Selangor, berhampiran dengan daerah Kuala Langat.

So kali ni aku ingin bercerita serba sedikit mengenai sejarah pulau ini yang sempat aku dan rakan-rakan lawati baru-baru ini.

Berdasarkan kajian aku sebelum ini, Pulau Carey ini pada awal 1900an telah dikenali sebagai Pulau Si Alang atau beberapa orang merujuknya sebagai Pulau Bangsar. Pulau ini letaknya kira-kira 14km daripada Pelabuhan Klang, pulau ini hanya didiami oleh kaum orang asli Mah Meri. 

Namanya menjadi Pulau Carey selepas ada seorang penanam, seorang Inggeris atas namanya ialah Valentine Edward John Carey telah memperoleh sebuah pulau dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey atau Carey Island.

EV Carey memulakan industri perladangan di bawah Tanah Jugra  dan Carey Ltd. Semasa 40 tahun pertama pembangunan di pulau ini, tenaga kerja terdiri di Selatan India, Mah Meri dan Melayu. Getah telah diperkenalkan kepada pulau itu pada tahun 1905 dan tenaga kerja tetap telah ditubuhkan pada tahun 1907.

Pada awalnya, masalah buruh, harimau dan punca malaria ditangguhkan akibat terlalu banyak kerja pada pembangunan pulau itu. EV John Carey menyelesaikan masalah kekurangan buruh dengan mendapatkan orang alsi kaum Mah Meri untuk membantu membersihkan kawasan dan juga membantu membersihkan kawasan serta pembinaan banglo, jalan raya, parit, larangan dan kuarters pekerja dari India Selatan.

Berdasarkan kajian yang aku lakukan, pada masa itu, 12,000 daripada 17,000 hektar kekal sebagai perladangan dan dimiliki oleh Sime Darby Plantations (Golden Hope Plantations). Selebihnya adalah tanah Kerajaan Negeri yang diduduki oleh lima penempatan Orang Asli Mah Meri di Kampung Melayu Pulau Carey.

Carey tidak hanya satu nama besar di Pulau Carey. Beliau juga adalah presiden berpengaruh United Penanam Persatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Diantara bidang dibawah pengaruh Carey adalah seni bina perladangan kolonial, ianya adalah satu penyaksian Istana Hatter iaitu sebuah banglo pengurus ladang di Pulau Carey. Reka bentuk ini telah diterima dengan baiknya pada masa itu dan ia telah menjadi model untuk semua banglo di kawasan perladangan dan stesen bukit semasa era penjajahan pada ketika itu.

Pulau Carey ini terletak di muara Sungai Langat, iaitu 90 km ke barat selatan Kuala Lumpur dan 60 km ke utara barat KLIA. Ia 20 km ke selatan pusat bandar Klang dan 2 km ke utara Telok Panglima Garang. 

Pulau ini mempunyai ladang kelapa sawit hak milik Sime Darby Plantations. Ia juga merupakan kawasan penempatan awal bagi  kaum orang asli Mah-Meri, salah satu daripada suku kaum Orang Asli di Malaysia.

Mah Meri mempunyai reputasi untuk beberapa topeng kayu terbaik di dunia. Mereka telah diserapkan ke dalam kehidupan moden, dengan kerja di ladang yang berhampiran, tetapi mereka tetap  mengekalkan budaya dan cara hidup mereka yang unik. Selain daripada pameran tarian tradisi dan muzik mereka, Mah Meri juga terkenal dengan ukiran nazar mereka, jadikan dari sejenis kayu keras paya dikenali sebagai "Nyireh Batu".

Manakala antara makanan yang terkenal di sini ialah makanan laut seperti ketam, udang 
dan pelbagai lagi.

Cara untuk kesana ialah melalui Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Persekutuan, North Klang Valley Expressway. Manakala akses utama ke Pulau Carey dari KL adalah melalui Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan Klang-Banting jalan utama.

Dibawah ini serba sedikit gambar yang sempat aku snap semasa kami lawati pulau itu dan kalau anda semua nak tahu pulau ni juga penuh dengan anjing berkeliaran. Pada mulanya agak terkejut kerana anjing disana seperti kambing dan lembu yang berkeliaran di kawasan kampung tapi digantikan dengan anjing,hmm...agak menakutkan tapi itulah pengalaman kami disana serta pengalaman melihat kaum-kaum orang asli yang pelbagai ragam.

Selain itu, berdasarkan maklumat yang kami dapat daripada Majlis Daerah Kuala Langat ini ialah pulau ini juga termasuk dalam senarai kawasan pelancongan di Kementerian Pelancongan.










Wednesday, 3 December 2014

Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar



The song that have depth meaning.


Life.


Kebanjiran warga asing di Malaysia, Selamat Atau Tidak Kepada Rakyat?


Malaysia adalah salah sebuah negara yang sangat dikenali di seantero dunia sebagai negara yang berbilang kaum serta mempunyai etnik yang pelbagai. Disebabkan keunikan itulah Malaysia menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang melancong ke negara ini disamping keadaannya yang aman damai berbanding di negara lain.
Namun begitu, disebabkan Malaysia adalah salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai peluang pekerjaan, ramai juga warga negara lain menjadikan Malaysia ini sebagai lubuk rezeki mereka, terutamanya mereka yang datang daripada negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh dan lain-lain.
Kota raya metropolitan Kuala Lumpur pula tidak pernah kelihatan lengang, ianya diibaratkan sebuah kota yang hidup 365 hari tanpa henti siang dan malam. Sana sini manusia berlegar-legar membuat hal mereka masing-masing, mereka pula bukan hanya warganegara Malaysia malah ada juga yang bukan datang daripada warganegara.
Apabila penulis berjalan di sekitar ibu kota ini, penulis berasa seperti bukan berada di tanah tumpah negara sendiri. Sana sini dipenuhi dengan lambakan warga asing yang bertaburan di setiap sudut ibu kota. Hal ini tidak kurang juga berlakunya di negeri-negeri lain dalam Malaysia. Pertumbuhan warga asing pada masa ini terlalu ramai di Malaysia, mereka diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun begitu, mereka ini juga menjadi pilihan kebanyakkan majikan di Malaysia kerana sikap mereka yang rajin serta sanggup berkerja keras walaupun dengan hanya kadar gaji yang sedikit. Lain pula perbandingannya dengan rakyat Malaysia yang sanggup menganggur daripada menjadi kuli dengan membuat kerja-kerja berat.
Walhal kehadiran mereka ini juga telah menimbulkan kerisauan kepada ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia sendiri dimana kadangkala mereka berasa seperti kurang selamat untuk duduk di negara sendiri. Hal ini kerana warga asing sudah membuat negara kita seperti rumah mereka. Berdasarkan tajuk diatas, penulis ingin mengupas mengenai kebanjiran buruh asing di Malaysia, adakah selamat atau pun tidak selamat daripada segi keselamatan rakyat di Malaysia?
Disini penulis ingin menumpukan analisis lebih kepada buruh asing yang bekerja di Malaysia daripada segi dua aspek iaitu daripada sudut positif dan juga negatif kesan warga asing ini membanjiri Malaysia pada masa ini. Beberapa analisa telah dibuat mengenai warga asing yang datang ke Malaysia secara daftar mahupun tidak daftar.
Mengikut kajian daripada statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai lebih 2.9 juta warga asing yang berdaftar dan dapat dikesan oleh pihak mereka setakat tahun 2013. Statistik yang telah dikeluarkan oleh KDN sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Malaysia dibanjiri oleh ramai warga asing. Dengan jumlah sebanyak itu, kebanyakkan daripada mereka mempunyai kerja namun segelintir rakyat Malaysia pula yang menganggur.
Kebanjiran warga asing seringkali dikaitkan dengan globalisasi sesebuah negara dan inilah yang berlaku di negara Malaysia dimana kedatangan mereka didorong oleh faktor pekerjaan khasnya. Walau apapun, kotaraya metropolitan kini dipenuhi dengan kehadiran warga asing dan bilangan mereka ini dari hari kehari semakin bertambah.
Sebenarnya, bagi penulis sendiri kehadiran buruh asing ini mendatangkan pelbagai kesan dan ianya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Daripada sudut positifnya, kehadiran mereka ini terutamanya buruh asing boleh mempercepatkan proses pembangunan negara iaitu ke arah pertumbuhan ekonomi yang mantap.
Seperti sedia maklum, Malaysia mengalami masalah kekurangan tenaga buruh tempatan dan seterusnya bantuan daripada tenaga buruh luar amat diperlukan bagi mempercepatkan proses pembangunan. Kebanyakkan daripada mereka sebenarnya lebih sanggup untuk bekerja di sektor pembangunan berbanding daripada warga tempatan kita sendiri. Kemasukan buruh asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkatkan lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.
Selain itu, sudut positif lain pula ialah kehadiran buruh asing ini juga boleh menghasilkan pertukaran teknologi iaitu dengan kedatangan buruh asing boleh menaikkan imej negara iaitu kehadiran mereka ke Malaysia dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Sebagai contoh, mereka boleh mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara kita untuk terus berkembang.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu akui kehadiran buruh asing adalah amat diperlukan dalam menjanakan ekonomi negara. Namun, apa yang kerajaan perlu mengambil tindakan ialah memastikan buruh asing yang masuk ke negara ini dapat didaftar dengan sah. Pada masa ini, Malaysia lebih memerlukan tenaga kerja daripada warga asing untuk masuk ke dalam sektor perkebunan, perkhidmatan, perindustrian serta pembantu rumah.
Daripada segi soal keselamatan pula ialah, bagi penulis sendiri tidak semua buruh asing yang datang ke Malaysia ini mempunyai niat yang jahat. Kadangkala mereka ke sini adalah kerana atas urusan mahu mencari rezeki demi sesuap nasi. Berkemungkinan di negara mereka adalah sangat sukar untuk mereka mendapat peluang pekerjaan akibat kurang kemajuan di tempat mereka. Jadi, daripada artikel MalaysiaKini yang sempat penulis kaji, Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa jangan sama sekali salahkan 100 peratus buruh asing. Pelaku jenayah adalah daripada rakyat tempatan malah ancaman jenayah melibatkan buruh asing di negara ini hanya merangkumi 10 hingga 15 peratus sahaja.
Dari masa ke semasa, kebanyakan tenaga buruh telah dimonopoli oleh golongan warga asing, lalu ia menjadi punca kekurangan kerja kepada warga tempatan. Mereka mungkin kelihatan seperti ingin memonopoli kerja-kerja buruh di Malaysia tetapi hal sebenarnya ialah rakyat tempatan sendiri yang tidak ingin berkerja di dalam bidang itu. Antara faktor lain pula ialah majikan lebih gemar menggajikan mereka kerana kadarnya yang murah.
Antara tempat yang popular dikunjungi warga asing ini adalah di kawasan Petaling Street, Pasar Seni dan juga di kawasan Bukit Bintang. Kebanjiran warga asing ini telah menyebabkan ramai orang berasa tidak selamat untuk pergi ke tempat-tempat begitu. Sempat penulis menemubual salah seorang pelajar daripada Universiti Malaya, Nur Wardah Norman, 21, berkata, dia seboleh-bolehnya akan mengelakkan dirinya untuk pergi ke tempat-tempat yang dibanjiri warga asing kerana dikhuatiri akan keselamatannya.
Seperti yang penulis sampaikan sebentar tadi, kebanyakkan warga asing yang datang ke negara kita untuk mencari punca rezeki, namun faktor yang tidak menyenangkan ialah apabila mereka turut melakukan kes-kes jenayah seperti kes ragut, menyeluk saku, pecah rumah dan pelbagai lagi. ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, perumpamaan ini sangat sesuai kepada warga-warga asing yang datang mencari rezeki di sini. Hal ini kerana hanya segelintir yang melakukan jenayah namun disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini, semua warga asing dipandang serong oleh masyarakat.
Menurut info daripada Bernama, sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dicatat antara Januari hingga Ogos tahun ini. Daripada jumlah yang dinyatakan itu, 2,306 kes melibatkan jenayah kekerasan iaitu bunuh (167), rogol (138), mencederakan (498), samun bersenjata api (118), dan samun tanpa senjata api (1385). Selain itu, sejumlah 7,190 kes pula melibatkan jenayah harta benda kecurian iaitu sebanyak (1,871) kes curi kereta, (586), curi motosikal (1,252) curi jentera berat (78) ragut (318) dan pecah rumah (3,103).
Bernama turut melaporkan bahawa pada tahun  2012 terdapat 1,575 kes jenayah melibatkan warga asing atau satu peratus daripada keseluruhan 153,669 kes jenayah manakala pada tahun lepas, jumlah itu meningkat kepada 13,591 atau 9.2 peratus daripada 147,062 keseluruhan kes.
Apa yang dapat disimpulkan daripada statistik itu adalah warga asing kini semakin berani dan bertindak ‘lebih sudu daripada kuah’ terhadap warga tempatan. Dari satu pemerhatian penulis adalah mereka ini tidak takut ditangkap pihak berkuasa, oleh sebab itu mereka berani bertindak sebegitu.
Secara konklusinya, kehadiran buruh asing ke Malaysia mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Kehadiran mereka kadangkalanya bagus untuk pembangunan negara Malaysia tetapi dari sudut negatif pula ada segelintir daripada mereka datang ke Malaysia melakukan jenayah. Selain itu, kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan juga semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini juga semakin berleluasa di Malaysia. Secara kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.


sumber : google



sumber : google

Tuesday, 2 December 2014

Catatan Mat Luthfi

Mat Luthfi?
Siapakah gerangan tuan empunya diri ini?
Jika anda memang jenis yang suka tengok Youtube dan ambil tahu mengenai isu-isu semasa kini,pasti anda mengenali beliau.

Mat Luthfi berasal daripada Utara adalah salah seorang yang sangat kreatif dalam berfikir, beliau adalah salah seorang Vlogger yang begitu terkenal. Beliau juga seorang yang tidak lupa daratan dan sentiasa mengekalkan dialek negerinya walaupun beliau belajar sehingga di luar negara iaitu di Curtin University.

Beliau mula dikenali ramai apabila beliau mula memasukkan video Mother's Day di Youtube lalu ia menjadi viral di laman sosial dan membuatnya dikenal. Beliau juga sangat merendah diri dan begitu sporting. Jika ingin mengetahui umur beliau, tengok sahaja pada nama channel Youtube beliau iaitu 'Matluthfi90' iaitu angka 90 yang bermaksud beliau dilahirkan pada tahun 1990.

Berdasarkan kajian, Mat Luthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award dan juga Vlogger Terbaik.

Beliau juga ada berkata, anugerah yang paling ternilai bagi beliau ialah anugerah untuk berfikir dan menulis. Jadi dengan anugerah itu, beliau merasakan iainya patut dikongsi kepada orang ramai.

Maka, dengan itu terhasillah sebuah buku pertama hasil nukilan beliau iaitu
"Catatan Matluthfi"

Boleh didapati di online media iaitu di PTS Media Group dengan harga lebih kurang RM25.



Monday, 1 December 2014

Chemistry Lab Cafe Shah Alam

Assalamualaikum...

Hai...
Kali ni nak buat review mengenai salah sebuah kafe yang agak unik di Shah Alam ini iaitu Chemistry Lab Cafe yang terletak DI Seksyen 7.

Apa yang menariknya mengenai kafe ni ialah dekorasinya yang sangat unik dan lebih menjurus kepada tema sains di dalam makmal. Bagi sesiapa yang teringin untuk merasa suasana berada didalam makmal sains,bolehlah datang mecuba di kafe ini.

Apa yang uniknya mengenai kafe ini ialah makanan dan minuman yang dihidangkan di dalam peralatan-peralatan yang digunakan di makmal sains. Mengenai harga pula, ia agak berpatutan tetapi tidak salah jika ingin mencuba.

Kafe berkonsep macam ni semakin popular, dan ramai pemilik kafe yang berlumba-lumba nak jadikan kafe mereka unik untuk menarik minat pelanggan. Pekerja di kafe ini pula semuanya memakai lab coat seperti di dalam makmal.

Waktu operasi kafe ini pula ialah pada hari Isnin-Jumaat: 12pm-am & Sabtu-Ahad : 10am-2am.


Selamat mencuba ye! :)

Boleh juga follow instagram kafe yang tertera dibawah ini :
http://instagram.com/chemistrycafe

Berikut ialah antara gambar-gambar yang sempat aku snap dan juga tambahan dari sumber Google.